Want your
own Fotopage?











 
SNAP malay wedding

By: anggerik johor weddingfoto

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Sunday, 14-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Wan & Elly - Bandar Uda, JB

 
 
 
 
 
Tahniah buat kedua mempelai. Terima kasih kerana percaya dengan sentuhan dari kak eita nie..semoga kekalka kerukunan rumahtangga & bersabar dalam apa jua keadaan.





PROMOSI cKIT...
GemPaKsss..
Wed 17-Jun-2009 09:36
Posted by:fida betty_0312@yahoo.com  - [Link]
Hii..leh bgi quotation x utk semua pakej fotografi...kalau de utk andaman tau canopy pun bgus gak..saye area kempas...majlis mgkin bln 5 taun depan... Sun 16-Aug-2009 14:12
Posted by:firza omyaza@yahoo.com
Add comment


Saturday, 13-Jun-2009 15:59 Email | Share | | Bookmark
Persandingan Adik Elly

 

Care to comment?


Saturday, 13-Jun-2009 14:30 Email | Share | | Bookmark
Majlis Persandingan Elly & Wan

 
 
 
View all 6 photos...





nice entry

Tumpang iklan sikit ya tuan rumah

Berminat dalam image editing? Kelas Adobe Photoshop CS3 kini dibuka untuk pendaftaran. Maklumat lanjut sila layari

http://www.kedai-aida.com

Dapatkan juga produk-produk lain kami :
Babees Products | Pearl Products | Crystal Products

Promosi Jun 2009. Penghantaran percuma untuk Babees Produk.
Mon 15-Jun-2009 02:24
Posted by:alamak godampc@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 13-Jun-2009 13:32 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pernikahan Elly & Wan

 
 
 
View all 6 photos...
Tempat : Taman Perling, JB
Masa : Nikah; 0930








Care to comment?


Friday, 5-Jun-2009 10:04 Email | Share | | Bookmark
booking 2009/2010

 

Care to comment?


Thursday, 7-May-2009 15:16 Email | Share | | Bookmark
TUAN RUMAH CUTI PANJANG

salam....nampaknye dalam tahun nie saya kene ambil cutilah mengambil gambar nie..job last bln 6, memandangkan masih larat...start bln 7 baru stop.., almaklumlah tgh berbadan dua anak yang pertama. due bln 10 nie..doakanlah kesejahteraan kami berdua...dan selamat sampai melahirkannya... so projek akan bersambung pada tahun hadapanlah ye...ada umur panjang berjumpa lagi kita...

Care to comment?


Saturday, 14-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Noor & Azhar

 
 
 
View all 5 photos...
tahniah dan semoga berbahagia



Care to comment?


Saturday, 14-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hazam & ina

 
 
 
View all 4 photos...
tahniah buat abg hazam dan isteri, semoga bahagia dan kekal selamanya


hai geng...mmg ni je pict nyer...anyway congrats bang coz kawin akhirnyer....dugaan rintangan berjaya diredah jua... Thu 19-Mar-2009 04:42
Posted by:atie_cute ctatiah82@yahoo.com
Dah lama x tengok up date yang terbaru.....Tuan rumah bz ke??? Thu 26-Mar-2009 04:09
Posted by:Zila
sori geng, sejak dah tak kerje nie..agak susah nak update gmbr terbaru Mon 13-Apr-2009 08:51
Posted by:unnamed  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 28-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Bukit Layang - Layang Pasir Gudang

 
 
 

Care to comment?


Friday, 2-Jan-2009 08:03 Email | Share | | Bookmark

 
Januari 2009
-Empty-

February 2009
-Minggu 1-
-Minggu 2-13,14&15/02/09 Pondoi, Tampin - Comfirm
-Minggu 3-
-Minggu 4-

Mac 2009
-Minggu 1-

April 2009
-

Mei 2009
-Minggu 4 - 31/05/09 - booking
- ( empty )

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk apa anda membayar jurugambar?

-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.